Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ada pihak yang tergamak mengatakan bahawa kejadian pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu sebagai “sandiwara”.

Tanpa menamakan individu berkenaan, Najib berkata tindakan itu merupakan "perbuatan yang keji" oleh orang yang “tak ada isi perut”.

NONE "Ada orang yang tergamak bahawa ini satu sandiwara. Saya tak tahu nak kata apa kepada manusia yang tergamak cakap begitu.

"Tak ada isi perut. Ini satu perbuatan yang keji... Kita perlu tolak orang seperti ini," kata Najib ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perhimpunan perdana Ulama-Umara bersama asnaf di Stadium Putra, di ibu negara hari ini.

Menceritakan detik sewaktu menyambut anggota keselamatan yang terbunuh dalam serangan di Lahad Datu di Lapangan Terbang Subang baru-baru ini, Najib berkata beliau berasa sedih ketika melihat balu dan anggota keluarga mereka

"Saya berdepan dengan balu dan anak-anak mereka, saya cukup sedih. Ada balu yang kehilangan suami berada dalam keadaan mengandung sebulan.

"Ada anak-anak berusia lima dan enam tahun, tak tahu apa-apa. Ada yang kata, bapa kena bom," katanya dihadapan lebih 10,000 hadirin dalam stadium tersebut.

NONE Dalam ucapannya juga, Najib menjelaskan demonstrasi jalanan ala Arab Spring seperti yang berlaku di negara yang terlibat, boleh menggugat nyawa dan harta benda.

Beliau berkata demonstrasi jalanan itu bukan sesuatu yang sesuai untuk negara Malaysia kerana situasinya tidak sama dengan negara yang tercetus peristiwa tersebut.

"Malah negara yang berlakunya keadaan tersebut, hari ini belum lagi pulih keadaan, malah ada lagi berat daripada sebelum itu.

"Kejutan begitu dengan menukar regim, secara mengejut seperti itu, hari ni tengok sajalah, saya tengok tv pagi, ibu pejabat polis terbakar di Kaherah... Keamanan yang mereka harapkan, perubahan yang ingin dikecapi belum lagi mereka rasai,' katanya.

Najib turut memaklumkan telah menerima surat "pengiktirafan dan penghargaan" daripada ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi susulan misi lawatan kemanusiaan beliau ke Palestin baru-baru ini.

 

ADS