Penyanyi direman kes kematian suami di kondo

Seorang penyanyi wanita tahun 1990-an ditahan reman lima semalam bagi membantu siasatan berhubung kematian suaminya di sebuah kondominium di Ampang Utama.   

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata turut ireman dua lagi suspek, seorang lelaki dan wanita berusia sekitar 19 tahun.   

Mangsa berusia 39 tahun itu dilaporkan meninggal dunia berikutan pertengkaran dan pergelutan dalam insiden tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- Bernama

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.