Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penduduk di kampung Desa Kencana tidak menerima bekalan air paip hari ini susulan dakwaan bahawa penceroboh Filipina meracuni sumber air di sekitar kawasan konflik di Lahad Datu.

Seorang pengurus rumah penginapan desa, Bakil Bakrun, 61, berkata beliau mengesan masalah bekalan tersebut semenjak pagi ini.

NONE Rumah berkenaan menjadi tempat penginapan beberapa orang wartawan.

Kampung Felda itu berada dalam jarak dua kilometer daripada pusat media Ops Daulat, di Felda Sahabat Residence.

China Press

dalam edisi malam tadi melaporkan dakwaan bahawa penceroboh Filipina mensasarkan penduduk tempat dengan meracuni sumber air di kawasan tersebut.

Satu semakan di kawasan penyimpanan air di Desa Kencana mendapati, lokasi berkenaan dikawal ketat anggota tentera.

Anggota keselamatan turut menggeledah kenderaan yang dinaiki wartawan Malaysiakini .

NONE Anggota berkenaan kemudian mengesahkan bahawa mereka juga tiada bekalan air walau berada berhampiran kawasan penyimpanan air.

Semakan di Loji Rawatan Air B, sejauh kira-kira 10km dariapda Desa Kencana mendapati kawasan itu juga selamat dan dikawal polis bantuan.

Seorang pekerja yang enggan dinamakan memberitahu Malaysiakini bahawa masalah bekalan air bukan disebabkan racun tetapi tempoh operasi yang lebih singkat di loji rawatan.

“Kami tidak mendapat air kerana loji utama berada dalam zon merah dan pekerja di sana mememndekkan tempoh operasi atas sebab keselamatan,” katanya.

Katanya loji berkenaan sebelum ini beroperasi selama 18 jam sehari namun kini disingkatkan kepada 12 jam sehari.

[Baca berita penuh]

ADS