Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penerbit buku Mohd Ezra Mohd Zaid mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbit, mengedar dan memiliki buku "Allah, Kebebasan dan Cinta" karya penulis kontroversi Kanada Irshad Manji.

NONE Beliau selaku penerbit dan pemegang saham ZI Publication dituduh menerbitkan buku itu "yang mengandungi perkara yang bertentangan hukum syarak daripada segi akidah" di satu alamat di Tropicana Merchant Square sekitar bulan Mei 2012.

Untuk tuduhan alternatif, beliau dituduh mengedarkan buku itu kepada syarikat Silverfish Books Sdn Bhd dan juga kepada seorang individu di alamat yang sama.

Ezra juga didakwa mengikut satu lagi tuduhan alternatif atas dakwaan memiliki 180 buku sama di alamat yang sama.

Beliau dituduh melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 16(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi ini.

Ketua pendakwa raya syariah, Abdul Shukor Abdul Hamid dan pegawai pendakwa Shafezan Rusli memohon agar Ezra dikenakan ikat jamin RM1,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin.

Hakim Salahuddin Selamat membenarkan ikat jamin dan menetapkan tarikh 9 Mei 2013 bagi sebutan semula.

Beliau turut memberikan teguran lisan kepada Ezra yang sepatutnya hadir ke mahkamah untuk dituduh pada 29 November lalu.

ADS