Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia tolak gencatan senjata kecuali serah diri
Diterbitkan:  Mar 7, 2013 4:14 PM
Dikemaskini: Mar 8, 2013 4:30 AM

VIDEO | 2.21 min

Malaysia menolak gencatan senjata unilateral Sultan Jamalul Kiram III dan menuntut supaya pengikutnya di Kampung Tanduo, Lahad Datu menyerah diri tanpa syarat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

NONE "Presiden Filipina Benigno Aquino bertanya kepada saya apakah

respons Malaysia terhadap tawaran untuk mengadakan gencatan senjata.

"Pendirian kita ialah mereka mesti meletakkan senjata tanpa syarat dan menyerah diri kepada kita," katanya dalam sidang akhbar di Felda Sahabat Residence, selepas mendengar taklimat mengenai situasi di Lahad Datu petang ini.

Beliau menggesa kumpulan yang masuk melalui sempadan Sabah dan mengambil alih Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu, supaya segera berbuat demikian.

Sehingga itu, Najib berkata Ops Daulat - operasi bersama polis dan tentera polis untuk memburu militan tersebut, akan terus selama yang diperlukan.

ahmad zahid hamidi "Ia akan diteruskan selagi diperlukan sehingga kita menghapuskan mereka atau mereka menyerah diri," katanya.

Sebelum itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam twitternya, juga berkata Malaysia menolak gencatan senjata itu dan mahu pengikut penceroboh itu menyerahkan diri.

"Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Dalam kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," tulis Ahmad Zahid dalam Twitter.

NONE 'Sultan Sulu' mengisytiharkan gencatan senjata unilateral untuk jam 12.30 tengahari dan menggesa Malaysia menerimanya, demikian kenyataan yang dibacakan oleh jurucakapnya di Manila.

"Mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Mereka akan kekal

di tempat di mana mereka berada sekarang.

"Mereka tidak akan memperluskan operasi," jurucakap itu dipetik sebagai berkata, merujuk kepada militan, dipercayai berjumlah antara 100 dan 300, orang di negeri Sabah. Berita penuh

ADS