Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Jeneral penceroboh yang terbunuh, bukan Azimuddie

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata seorang jeneral penceroboh bersenjata Sulu yang dibunuh pasukan keselamatan semalam, bukan Azimuddie Kiram- adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III, yang mengetuai kumpulan tersebut di Sabah.

"Dia bukan (Azimuddie), Dia (mayat) salah seorang pemimpin mereka," kata Ismail dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence pagi ini.

Ismail membuat penjelasan berhubung kematian seorang jeneral Sulu yang terbunuh bersama dengan 30 lagi anggota penceroboh yang lain, dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia pada malam Rabu di Tanjung Batu.

Ismail berkata, pasukan keselamatan membuat kesimpulan bahawa lelaki itu adalah salah seorang daripada pemimpin mereka, berdasarkan kepada pakaiannya, tetapi masih dalam proses mengesahkan identiti sebenarnya.

[Baca berita Penuh]

ADS