Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO serah memo gesa k'jaan Filipina campurtangan

Tiga NGO menyerahkan memorandum kepada kedutaan Filipina pagi tadi bagi menggesa kerajaan negara itu campurtangan untuk menghentikan pencerobohan di Lahad Datu.

Tiga NGO berkenaan adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi & Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM).

NONE "Kami dengan ini menuntut kerajaan Filipina untuk menghentikan rusuhan dan penceroboh yang telah masuk secara tidak sah ke Lahad Datu, Kunak, Semporna dan daerah Sabah yang lain," kata presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay sewaktu membaca kandungan memo itu.

Memorandum dari kumpulan kira-kira sepuluh orang itu diterima oleh pegawai atase bahagian politik kedutaan, Zaidi Castro Fuercez.

Kelihatan mengawasi majlis serahan memorandum pagi tadi adalah dua kereta peronda polis dan kira-kira lima anggota polis beruniform.

Pencerobohan sekumpulan lelaki bersenjata yang mengaku sebagai askar diraja kesultanan Sulu di Lahad Datu bermula 12 Februari lalu dan telah berlanjutan selama kira-kira tiga minggu.

Pasukan polis dan tentera Malaysia kini bekerjasama untuk menghapuskan saki baki penceroboh berkenaan yang dipercayai masih berada di Lahad Datu.

ADS