Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lapor polis artikel didakwa fitnah kaum bugis

Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah portal berita yang didakwa berniat jahat dan memfitnah kaum Bugis.

    

Laporan itu dibuat Presiden PKBS Datuk Osman Jamal di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

    

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Osman berkata persatuan menganggap artikel itu bertujuan menggugat ketenteraman awam khususnya antara suku lain dengan kaum Bugis.

    

"Saya juga merasa terkilan kerana nama saya turut dikaitkan di dalam artikel itu yang mendakwa mengidam jawatan Ketua Menteri atau Yang Dipertua Negeri," katanya.

    

Katanya artikel berkenaan telah dicetak dan diedarkan kepada orang ramai di beberapa daerah menyebabkan masyarakat Bugis dipandang serong oleh masyarakat lain.

    

"Kita berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan artikel berkenaan,"

katanya.

    

Beliau berkata PKBS juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penulis dan penerbit artikel berkenaan.

- Bernama

ADS