Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Satu lagi penceroboh yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan di Lahad Datu pagi ini telah ditembak mati, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, pada kira-kira jam 6 pagi ini, salah seorang daripada penceroboh cuba untuk melepaskan diri daripada di Tanjung Batu.

NONE Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence,

Ismail berkata berlaku tembak menembak dan pasukan keselamatan berjaya menembaknya (sekitar jam 8 pagi).

Dengan ini, sejumlah 34 musuh telah terbunuh sejak awal serangan habis-habisan Ops Daulat dilancarkan di zon merah pada 5 Mac.

Ini menjadi jumlah musuh yang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu ialah  53 orang.

Di samping itu, seramai 79 suspek ditangkap di seluruh Sabah berhubung pencerobohan tersebut sejak krisis itu bermula.

Kesemua mereka ditangkap di luar zon operasi kecuali tiga orang yang cuba melarikan diri daripada kepungan di Kampung Tanduo pada 2 Mac.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa musuh tidak menawan mana-mana anggota pasukan keselamatan sebagai tebusan dan beliau hairan berhubung tuntutan untuk bertukar tawanan.

Fokus utama operasi itu sekarang ialah di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu yang merangkumi kawasan seluas tujuh kilometer persegi.

 

[Baca berita penuh]

ADS