Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lebih 15,000 membanjiri majlis ulangtahun kelima 308 Pakatan Rakyat di Esplanade malam tadi bagi mengingati kemenangan Pakatan merampas Pulau Pinang dari BN pada 2008.

penang 308 anniversary 090313 3 Pada 2008, pilihan raya umum yang dikenali sebagai 'tsunami politik', telah menyaksikan lima negeri, termasuk Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan, manakala BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang tiba di padang Dewan Bandaraya selepas pukul 9 malam dengan disambut tepukan gemuruh orang ramai, gembira dengan respon hadirin, dan menganggarakan dalam tweetnya jumlah mereka ialah kira-kira 50,000.

Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pulau Pinang yang memberi kemenangan kepada Pakatan pada 8 Mac itu.

penang 308 anniversary 090313 front2 Sebelum itu, jalan-jalan sekitar Padang Kota Lama menjadi

sesak, sehingga ramai terpaksa meletakkan kenderaan mereka kira-kira 1 km jauhnya, dan berjalan kaki untuk menghadiri majlis tersebut.

Ramai yang meletakkan kenderaan mereka di luas tempat parkir yang sah, dan disaman oleh polis. Saman-saman itu kemudiannya dikutip oleh setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik, yang merancang untuk bertemu pihak berkuasa berhubung perkara  itu.

[Baca berita penuh]

ADS