Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Media Filipina siasat dakwaan konspirasi
Diterbitkan:  Mar 10, 2013 2:25 PM
Dikemaskini: Mar 11, 2013 1:44 AM

Pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.

Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara aman.

Portal berita PhilStar juga memetik kenyataan Valte bahawa usaha berkenaan selari dengan tuntutan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki Moon agar untuk menghentikan

pertentangan dengan segera.

Laporan hari ini juga menyebut, pegawai istana presiden sebelum ini mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.

Ia menyebut, pihak berkuasa Filipina juga menyiasat kemungkinan bahawa ekspedisi bersenjata itu cuba memalukan kerajaan Malaysia dan Filipina dan menggunakannya dalam tuntutan kesultanan itu di Sabah.

Biro siasatan kebangsaan negara itu dilaporkan melancarakan siasatannya dua hari lalu dengan memanggil penasihat kesultanan itu Pastor ‘Boy' Saycon untuk siasatan, sementara Aquino dijangka akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berhubung pemimpin konspirasi berkenaan, seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram menafikannya dan mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.

Beliau sepertimana dilaporkan mendakwa, perkara ini adalah untuk membantu rundingan di antara kerajaan Filipina dan militan Moro Independent Liberation Front dan pada masa yang sama mengalihkan perhatian orang ramai daripada keganasan yang berlaku di Sabah.

"Teori konspirasi ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Filipina dan kepada kesultanan Sulu, lebih-lebih lagi kepada Raja Muda (Azzimudie Kiram, yang mengetuai hampir 200 orang pencerobh di Sabah) dan rakyatnya," kata Jacel kepada media Filipina semalam.

[Baca berita penuh]

ADS