Wartawan tersua lelaki bersenjata di zon merah

Petugas media terserempak dengan satu individu bersenjata ketika memasuki "zon merah" dalam kawasan Kampung Tanjung Labian yang menjadi kawasan operasi pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata.

Kumpulan petugas media berkenaan mengunjungi kawasan tersebut yang disangka selamat memandangkan satu sekatan polis yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung tersebut tidak dikawal.

Jurugambar The Star Normiemie Duin berkata mereka menyangka demikian apabila melihat penduduk bermotosikal keluar dari kampung berkenaan dan sekatan itu juga tidak dikawal.

Dua kenderaan membawa jurukamera tersebut terpisah sebaik memasuki kampung berkenaan.

Normiemie berkata, beliau secara tiba-tiba terlihat satu individu berpakaian gelap dan bersenjata raifal sedang bersembunyi di sebalik pohon kelapa sawit.

Beliau segera tunduk dan meletakkan kameranya kerana bimbang individu tersebut menyangka kameranya satu senjata.

Lelaki bersenjata itu juga merebahkan badan ke tanah manakala pemandu kenderaan, wartawan TV Al-Hijrah Serieffa Mushtafa Albakry, berpatah balik dan memecut meninggalkan kawasan tersebut.

Beliau turut memberitahu rakannya, yang sedang merakam foto di kawasan berdekatan, untuk meninggalkan kawasan itu.

Rakannya itu turut meninggalkan kawasan berkenaan, katanya.

Normiemie berkata beliau pasti bahawa lelaki bersenjata itu bukan seorang anggota keselamatan.

Tambahnya, individu berkenaan tentunya akan memberhentikan mereka dan tidak bertindak sedemikian.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.