Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Tayang 'Tanda Putera' ada agenda tersendiri

Menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata kementeriannya tidak tahu menahu mengenai majlis tayangan filem kontroversi Tanda Putera yang menurutnya dilakukan oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri

NONE "Kami tetap mengikuti arahan kabinet dan dengan itu sekali gus tidak terlibat dengan mana-mana tayangan rasmi atau tidak rasmi yang dibuat oleh mereka yang mempunyai cara dan kaedah serta agenda masing-masing," katanya.

Tayangan filem berkenaan yang dikesan diadakan kepada sekumpulan siswa dan para peneroka Felda juga mungkin menyalahi keputusan jemaah menteri yang mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan pada khalayak umum.

"Saya tidak mengetahui hal tersebut dan tidak ada dibawa kepada perhatian kami. Kementerian tetap dengan keputusan kabinet.

"Barangsiapa yang menayangkan filem ini adalah barangkali melanggar apa yang diputuskan kabinet. Jadi secara rasminya, kami di kementerian tidak dapat maklum tentang hal tersebut.

NONE Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas merasmikan panggung Coliseum di ibu negara hari ini.

Felda pada 18 Februari lalu menganjurkan tayangan filem berkenaan kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam majlis tersebut mengumumkan, acara tersebut diadakan untuk warga peneroka atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Pada 9 Mac, satu lagi tayangan filem berkenaan didakwa diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) anjuran Kelab Wawasan UIA dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar kampus tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS