Warga Pulau Pinang berbelah bagi terhadap rancangan sistem pengangkutan bersepadu empat fasa bernilai RM6.3 bilion di negeri itu.

Mereka menyokong pakej melibatkan tiga laluan tetapi masih bimbang terhadap cadangan terowong di bawah laut yang akan menghubungkan Pulau Mutiara dengan Butterworth.

NONEDalam dialog bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam, peserta membangkitkan perkara itu selepas pakar trafik Majlis Perbanran Pulau Pinang (MPPP) A Rajenderan membentangkannya beserta tender yang dianugerahkan.

Projek itu meliputi terowong sepanjang 6.4km di bawah laut dariapda Gurney Drive ke Bagam Ajam di Butteroworth, lebuh raya Pesiaran Gurney-Tun Dr Lim Chong Eu (4.2km), lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu Expressway-Bandar Baru Air Itam (4.6km) dan laluan empat lorong menghubungkan Tanjung Bungah-Teluk Bahang (12km).

Ahli majlis MPPP Lim Mah Hui (atas) berkata beliau menyokong ketua menteri tetapi tidak bersedia dengan terowong itu.

"Adakah kamu bersedia untuk terowong ini?" tanya beliau sebelum disambut kata "tidak" oleh penonton.

[Baca berita penuh]