Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

'Jeneral' Sulu yang terbunuh minggu lalu sah bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib.

NONE "Saya ingin sahkan bahawa 'jeneral' (Sulu) bernama Haji Musa ditembak mati pasukan keselamatan," katanya dalam sidang media di Resort Felda Sahabat Beach, Lahad Datu hari ini.

Sebelum ini dilaporkan 'jeneral' bagi pasukan penceroboh terbunuh dalam pertempuran bersenjata di Tanjung Batu pada Khamis lalu.

Setakat semalam, pasukan keselamatan menemui menemui 22 mayat pihak yang menggelarkan diri mereka "Tentera Diraja Sulu'.

Mayat Haji Musa turut dihantar bersama ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS