Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga anggota Parlimen Bentong bersedia berdepan dengan dengan pengerusi Himpunan Hjiau, Wong Tack yang secara terbuka menyatakan hasrat itu sebelum ini.

NONE"Pilihan raya memang akan ada orang bertanding dan ia adalah satu pilihan beliau (Wong Tack).

"Kita perlu menghadapinya," katanya ketika mengulas hasrat Wong Tack yang mahu bertanding di Parlimen Bentong jika direstui pimpinan Pakatan Rakyat.

Himpunan Hijau adalah gerakan massa yang memperjuangkan isu-isu alam sekitar dan mereka antara lain mendesak kuat agar loji memproses nadir bumi Lynas di Pahang ditutup atas alasan membahayakan kesihatan orang ramai.

Dakwaan itu bagaimana pun dinafikan Lynas Corporation dan loji itu juga sudah mula beroperasi akhir tahun lalu.

Yang penting sekarang Lahad Datu

Menjawab soalan wartawan sama ada isu alam sekitar mampu memberikan kesan kepada kempen pilihan raya terhadap penduduk di Pahang, Liow menegaskan beliau akan tetap bekerja keras memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat merentasi isu.

serambi hijau temerloh 030313 wong tack"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tak kira apa isu. Isu alam sekitar, isu kesihatan, isu alam sekitar, semuanya saya akan usahakan dengan gigih.

"Saya juga rasa kerajaan BN akan berikan komitmen yang tinggi untuk memastikan kita dapat meningkatkan kualiti sara hidup rakyat melalui transformasi negara yang dilaksanakan," katanya lagi.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan pinjaman pelajaran dan kredit mikro MCA dengan kerjasama Koperasi Jayadiri Malaysia (Kojadi) di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Liow, ahli Parlimen Bentong untuk penggal kedua itu bagaimana pun menegaskan tumpuannya kini untuk membantu mereka yang terkesan dengan insiden penceroboh bersenjata di Lahad Datu.

"Yang penting sekarang isu di Lahad Datu.

"Saya ambil berat isu kesihatan orang-orang yang dipindahkan ke pusat pemindahan perang dan juga tentera dan polis kita di barisan hadapan yang mempertahankan tanah air," katanya.