Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak dakwaan bahawa kerajaan yang dipimpinnya tidak lagi sah ekoran Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat pada Mac 2008.

Lim sebaliknya berkata, tidak seperti Pulau Pinang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai mandat kerana beliau hanya timbalan perdana menteri ketika BN mendapat kuasa pada tahun itu.

"Beliau bukan perdana menteri ketika BN dipilih, sebaliknya bekas perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata Lim dalam sidang media di Komtar sempena memperingati pentadbiran lima tahun Pakatan di Pulau Mutiara.

"Kami berbeza, kami dipilih dan ada di sini sejak awal. Kami mempunyai mandat pilihan raya, ia berbeza," tambahnya.

Pada Isnin, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menganggap Najib sebagai perdana menteri tidak sah kerana penggal lima tahun kerajaan yang bermula daripada tarikh pilihan raya ke-12 sudah tamat.

[Baca berita penuh]