Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasukan keselamatan perkukuh persenjataan di Lahad Datu

Pasukan keselamatan dijangka mendominasi tiga kawasan di Felda Sahabat, Lahad Datu - Kampung Tanduo, Sungai Nyamuk dan Tanjung Batu - menjelang pagi esok di bawah Ops Daulat, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

Selain membersihkan tiga kawasan tersebut, katanya, pasukan keselamatan juga akan menggunakan sistem tertentu, untuk memastikan musuh tidak dapat memasukinya lagi.

NONE Zulkifeli memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar hari ini,

yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, pasukan keselamatan memperkukuhkan persenjataan mereka apabila beberapa helikopter dan sekurang-kurangnya 12 kereta perisai pengesan dijangka sampai dalam masa beberapa hari lagi.

"Kita mahu meyakinkan semua rakyat Malaysia, khususnya penduduk Sabah, bahawa kita mempunyai kekuatan untuk menewaskan musuh kita," katanya.

Ismail pula berkata, beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ketua polis daerah di Sabah, untuk menggerakkan lebih banyak anggota polis untuk membantu operasi.

Selain jabatan siasatan jenayah dan jabatan narkotik, beliau berkata, pihak polis juga akan menggerakkan anggotanya di jabatan logistik jika perlu untuk berbuat demikian.

NONE Menurutnya, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Perkara itu, tambahnya, perlu dikaji dengan terperinci dan supaya

sumber manusia boleh digunakan dengan cara yang lebih baik mengikut keadaan semasa.

Ismail berkata, beliau juga telah mengarahkan Hamza supaya mengkaji semua pos-pos di Lahad Datu, kawasan pantai dan zon operasi, supaya ia boleh diwujudkan di kawasan yang lebih sesak.

Beliau juga berkata pihak berkuasa sedang cuba menutup lorong-lorong yang mungkin boleh digunakan oleh penceroboh.

Mayat penceroboh

Sementara itu, Zulkifeli berkata, dua mayat anggota 'tentera diraja Sulu', ditemui pada jam 7.15 pagi hari ini apabila pasukan keselamatan menjalan gerakan membersihkan Sungai Nyamuk.

Beliau berkata, kedua-duanya ditembak mati semasa pertempuran pagi semalam, di mana seorang anggota tentera turut terbunuh.

Menurutnyak selaras rifel Garand dan sepucuk pistol kecil turut ditemui.

Zulkifeli berkata pihaknya percaya besar kemungkinan rifel Garand itu digunakan untuk membunuh seorang anggota pasukan keselamatan semasa pertempuran semalam.

NONE Penceroboh bersenjata telah mengambilalih Kampung Tanduo, dekat

bandar Lahad Datu pada 12 Februari. Selepas tiga minggu di mana mereka telah digesa supaya meninggalkan Sabah, Ops Sulu (kemudiannya dinamakan Ops Daulat) telah dilancarkan untuk mengusir mereka.

Sehingga ini, sepuluh anggota polis dan tentera terkorban, manakala 58 penceroboh bersenjata - termasuk bekas komander Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), Haji Musa - terbunuh dalam operasi tersebut.

Bagaimanapun, sehingga ini, pasukan keselamatan hanya dapat mengeluarkan 27 mayat penceroboh.

NONE Zulkifeli berkata pasukan keselamatan berharap dapat menamatkan Ops Daulat secepat mungkin, tetapi menegaskan bahawa penceroboh telah berpecah kepada kumpulan kecil, dan lebih banyak risikan diperlukan.

Apabila ditanya mengenai identiti remaja yang telah ditembak mati dan seorang dewasa yang cedera empat hari lalu, Ismail berkata, lelaki itu adalah bapa si mati.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS