Shahnaz A Majid nampaknya harus menunggu lama sama ada tuntutan harta sepencarian berjumlah jutaan ringgit daripada perceraiannya dengan Mahmud Abu Bekir Taib, anak ketua menteri Sarawak, berjaya.

Ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Syariah, mahkamah tertinggi bagi kes syariah di Kuala Lumpur, bahawa pendengaran mutaah tidak dilakukan menurut prosedur dan mengarahkan perbicaraan semula di hadapan hakim yang lain.

"Terdapat juga arahan supaya kesemua dokumen berkaitan dikemukakan," kata peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, yang bertindak bagi pihak Mahmud Abu Bekir.

Arahan itu dikemukakan oleh hakim Zohdi Toha yang mengetuai tiga anggota Mahkamah Rayuan Syariah bersama hakim Aidi Moktar dan Hussin Harun.

Pendengaran permohonan itu dibuat dalam kamar tanpa kehadiran pemohon (Mahmud Abu Bekir) dan responden (Shahnaz).

[Baca berita penuh]