Satu perang mulut tercetus pagi ini di antara penyokong PKR dan polis yang cuba menahan naib presiden PKR Tian Chua sebelum pendakwaan dilakukan ke atas MP berkenaan di mahkamah.

NONEKejadian itu berlaku ketika Tian sedang minum bersama peguam dan penyokong di kantin Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, sementara menunggu arahan daripada mahkamah berhubung pendakwaan berkenaan.

Seramai kira-kira lapan orang pegawai polis muncul pada kira-kira jam 9.45 pagi dan meminta Tian masuk ke lokap sebelum pendakwaan.

NONEPeguam Tian, Latheefa Koya, N Surendran dan Eric Paulsen membantah permintaan itu.

Kejadian tersebut menyebabkan kumpulan penyokong PKR berang dan menengking pegawai polis berkenaan.

Penyokong berkenaan berkata, polis tidak bertindak dengan adil memandangkan pemimpin Umno dan PERKASA sebelum ini tidak dikenakan tindakan serupa.

NONESeorang pegawai berkenaan, ASP Wong Chee Mean, dari jabatan siasatan jenayah Johor Selatan, kemudiannya menjelaskan kepada kumpulan berkenaan bahawa mereka tidak berniat untuk menggari dan menahan Chua di dalam lokap, tetapi hanya untuk mengiringi MP berkenaan ke bilik polis di kompleks tersebut.

Ia tetap dibantah peguam, Latheefa, yang berkata tindakan berkenaan boleh dianggap sebagai tindakan penahanan Chua kerana mengehadkan pergerakan merupakan penahanan.

Katanya, Tian bekerjasama dengan polis dan tidanakan seperti itu bermaksud untuk memalukan pemimpin PKR tersebut.

[Baca berita penuh]