Ia diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai Hakim Mahkamah
Persekutuan, Datuk Hashim Yusof.
A
nggota lain panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop, Datin Paduka Zaleha Zahari, dan Datuk Zainun Ali.Hashim berkata, alasan yang diberikan oleh kerajaan tidak memenuhi keperluan untuk kebenaran merayu.
Oleh itu, katanya, rayuan itu ditolak dan tiada perintah dibuat berhubung dengan kos.
SIS diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, K Shanmuga, Fahri Azzat, Jenine Gill, dan Aston Paiva.
Manakala Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail dan Shamsul Bolhassan.
Buku itu diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar (kiri) pada tahun 2008 dan dalam samannya, SIS menamakan bekas menteri tersebut dan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden.
Unit penerbitan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku atas alasan "memudaratkan ketenteraman awam" pada 31 Julai 2008, walaupun ia sudah berada di pasaran sejak tahun 2005.
Selepas cubaan SIS untuk membatalkan pengharaman itu gagal, ia memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2008.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membatalkan pengharaman itu pada tahun 2010, atas alasan ia bukan satu ancaman kepada keselamatan awam.
[Baca berita Penuh]