Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Tayang Tanda Putera pada semua rakyat M'sia

Butir-butir mengenai rusuhan 13 Mei, seperti yang dipaparkan dalam filem Tanda Putera, harus dipertontonkan kepada semua rakyat Malaysia sebagai satu kisah pengajaran bagi mengelakkan rusuhan kaum pada masa depan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Menurutnya, rakyat harus diberitahu mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 13 Mei supaya ia "menjadi pengajaran kepada kita semua".

Bercakap kepada pemberita hari ini, Dr Mahathir berkata sebagai sebuah negara berbilang kaum, jika kita tidak berhati-hati, negara mungkin tidak stabil kerana rusuhan kaum yang berterusan.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada keputusan kabinet untuk menggantung tayangan filem tersebut dan tayangan selektif filem itu, satu langkah yang bijak.

 

Dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan Multimedia Development Corporation (MDeC), filem itu menggambarkan apa yang dihadapi oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berikutan rusuhan 13 Mei.

 

Watak Mahathir, dengan 'sideburns' panjang, telah diberikan peranan kecil dalam filem itu.

 

Sebelum itu, Dr Mahathir berucap di sesi dialog mengenai kemungkinan sistem dua parti, yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Ditanya sama ada ia juga bijak bagi Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk terus menangguhkan pilihan raya, beliau berkata, semuanya terpulang kepada Najib.

 

Beliau berkata, semua bergantung kepada penilaian perdana menteri sama ada beliau merasakan sudah bersedia untuk menghadapinya.

 

Ditanya sama ada ia bijak bagi BN untuk menunggu pembubaran automatik Parlimen, Dr Mahathir sekali lagi berkata ia terpulang kepada penilaian perdana menteri.

[Baca berita penuh]

ADS