Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tidak membantah filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan untuk kumpulan tertentu sahaja.

"Ia (tayangan filem) tidak ditayangkan kepada khalayak umum tetapi untuk kumpulan tertentu sahaja. Itu bagi saya mungkin telah diputuskan oleh pihak bertanggungjawab.

NONE "Tidak dibenarkan (tayangan) dengan secara terbuka atau kepada umum. Saya pun menyaksikan bagaimana hasilnya dan apakah kesannya.

"Tapi kita memutuskan buat masa ini tak sesuai untuk ditayangkan di pawagam," katanya dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.

Diminta mengesahkan sama ada tayangan tertutup dibenarkan, beliau bagaimanapun enggan mengulasnya lanjut.

Felda pada 18 Februari lalu dilapor menganjurkan tayangan filem berkenaan kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam majlis tersebut mengumumkan, acara tersebut diadakan untuk warga peneroka atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Pada 9 Mac lalu pula, satu lagi tayangan filem berkenaan didakwa diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) anjuran Kelab Wawasan UIA dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar kampus tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS