Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bedah siasat sahkan PI Bala dapat serangan jantung

Bedah siasat malam tadi mengesahkan bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Selepas bedah siasat di Hospital Sungai Buloh, mayatnya dibawa balik ke rumah keluarganya di Rawang pada jam 11.40 malam tadi, kata rakannya Raja Pillay.

Beliau menambah, mayat bala akan dibakar di pusat pembakaran mayat di Cheras pada jam 2 petang ini.

Kematian tiba-tiba Bala - yang terkait rapat dapat kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu - mengejutkan banyak pihak kerana beliau baru sahaja pulang dari India baru-baru ini.

Dalam wawancara terakhirnya dengan Malaysiakini minggu lalu, lelaki 53 tahun itu masih bersemangat tinggi dan berkata Altantuya tidak mahu dia mati dulu kerana misinya untuk mendedahkan kebenaran di sebalik pembunuhan gadis itu belum terserlah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS