Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam tarik balik usul SD2, timbang lapor polis

Peguam yang memfailkan usul kepada Majlis Peguam untuk membentuk jawatankuasa siasatan bebas bagi menyiasat pihak yang mendraf akuan bersumpah (SD) kedua P Balasubramaniam menarik balik usul itu hari ini.

Wan Hidayati Nadirah Wan Ahmad Nasir yang memfailkannya pada Jumaat lalu berkata, beliau dan pihak yang menyokong usaha itu memutuskan menarik balik usul dalam perhimpunan agung tahunan (AGM) Bar Malaysia pagi ini, kerana pendedahan Americk Sidhu membuahkan hasil yang sama.

"Kami hanya mahu tahu siapa peguam kanan yang bertanggungjawab membuat SD kedua, dan kami sudah mengetahuinya melalui pendedahan Americk hari ini.

"Bagaimanapun, kami mungkin bertindak lanjut dengan membuat laporan polis berhubung perkara ini supaya pihak berkuasa bertindak," kata Wan Hidayati Nadirah, yang ditemani peguam Fadiah Nadwa Fikri dan penyokongnya yang menggelarkan diri mereka "Peguam Muda Wanita".

Wan Hidayati sudah membentangkan usul itu dan mendapat sokongan 13 peguam, termasuk Fadiah.

Fadiah berkata, penarikan balik usul itu atas alasan teknikal semata-mata kerana mereka tidak tahu Americk akan tampil ke depan denghan mendedahkan nama yang menjadi tanda tanya itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS