Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DAP bersedia menurunkan lebih ramai pemimpinnya untuk bertanding di Johor, susulan pengumuman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tadi bahawa pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah.

Setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng dikesan mencadangkan supaya pemipin DAP Hew Kuan Yew, yang digelar 'superman' oleh anggota parti dan penyokongnya untuk bertanding di kawasan kubu kuat MCA, Labis.

Hew menulis mengenai tawaran Lim di laman sosial hari ini untuk mengumpul pandangan daripada pengikutnya, sama ada beliau patut bertanding di kawasan itu.

“Selari dengan strategi pilihan raya Lim Kit Siang untuk berpindah ke selatan, Lim Guan Eng pada malam tadi secara rasminya menawarkan kepada saya untuk bertanding di Labis dan mencabar anak (presiden MCA) Chua Tee Yong dalam pilihan raya akan datang.

"Setiausaha agung berkata beliau akan membuat pengumuman sebaik saja saya setuju. Tapi saya kata saya perlukan masa untuk menimbang secara serius, khususnya untuk menilai peranan yang saya boleh sumbang untuk perubahan kerajaan, sama ada sebagai calon atau bebas memberi ceramah seluruh negara.

“Apa pendapat anda semua,” katanya dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS