Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Taib: Sepupu tu bukan pengantara saya
Diterbitkan:  Mar 19, 2013 8:51 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan.

"Adakah anda kenal sepupu tersebut? Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya?"

taib mahmud responds to global witness report story "Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya.

"Tetapi terpulanglah kepada anda," kata Abdul Taib (kanan) kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Hotel Hilton Kuching hari ini.

Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah.

Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Tun Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib.

[Baca berita penuh]

1. Video dakwa dedah salahguna lesen oleh keluarga Taib

2. Cara S'wak elak cukai, syarat pegangan saham

ADS