Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengurangan cukai 50% pada OKU di S'gor
Diterbitkan:  Mar 21, 2013 10:00 AM
Dikemaskini: 2:03 AM

Kerajaan Selangor mengurangkan 50 peratus bayaran cukai taksiran kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor berkuatkuasa serta merta, mulai semalam.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengurangan itu bertujuan meringankan beban OKU berdepan kos sara hidup yang semakin mahal dan bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.

"Bagaimanapun, pengurangan ini hanya tertakluk kepada OKU yang mendiami rumah tersebut. 

"Jika rumah itu disewakan kepada pihak lain,  mereka tidak layak menikmati pengurangan ini," kata Khalid.

Dalam kenyataannya semalam, menteri besar yakin, diskaun itu tidak akan menjejaskan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya,  kerajaan negeri berkata berjaya menjimatkan lebih RM80 juta sepanjang tahun lalu hasil penamatan perkhidmatan Alam Flora selain amalan tender terbuka dan pelaksanaan meluas konsep "Value for money".

 

Pengurangan ini yang kedua diberikan kerajaan negeri selepas diskaun cukai pintu 25 peratus kepada pemilik rumah pangsa kos rendah, dengan syarat tinggal di rumah berkenaan.

ADS