Bekas pemimpin PKM Suriani Abdullah meninggal dunia

Suriani Abdullah, srikandi yang amat dikenali dalam Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia pada kira-kira jam 6 pagi ini di kediamannya di Narathiwat, Thailand.

NONESuriani, 89, yang mengalami masalah kesihatan sejak lima tahun lalu, selain masalah ingatan, meninggalkan suaminya – bekas pemimpin PKM Abdullah CD – dan seorang anak perempuan, Karisma.

Jurucakap PKM yang ingin dikenali sebagai Mat Amin berkata masyarakat bekas tentera PKM itu, yang tinggal di perkampungan yang sama memberi penghormatan terakhir untuk "komrad dan ibu yang amat mereka sayangi".

NONE"Walaupun terlantar sakit, beliau setiasa bertanya mengenai kampung tersebut dan kemajuannya. Beliau sentiasa menasihati kami untuk meningkatkan pendapat dan amat cakna dengan keadaan kampung dan penduduknya," katanya dalam satu kiriman emel kepada Malaysiakini.

Suriani dilahirkan pada tahun 1924 dengan nama Eng Ming Ching, di Setiawan, Perak dan menyertai pergerakan bawah tanah PKM pada tahun 1940 pada usia 16 tahun.

NONEBeliau aktif menyusun golongan pekerja wanita di Lembah Kita dan kemudiannya menyertai kumpulan gerila anti-fasis Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA).

Beliau belajar di Sekolah Tinggi Nan Hwa di Setiawan bersama setiausaha agung PKM Chin Peng dan menjadi anggota yang dipilih ke jawatankuasa pusat parti yang diharamkan itu, pada 1975.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.