Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penasihat DAP Lim Kit Siang - yang baru diumum bertanding di Gelang Patah Isnin lalu - bukan satu-satunya pemimpin parti itu  yang menggalas misi merobek kubu kuat BN di Johor pada pilihan raya umum ke-13.

NONE Malam tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong juga akan bertanding di salah satu kerusi di negeri itu.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang enggan mendedahkan kerusi yang bakal ditandingi Liew tetapi hanya menyebut perkataan "K" bagi permulaan nama kerusi itu.

Kerusi parlimen yang bermula dengan huruf "K" di Johor ialah Kulai, Kota Tinggi dan Kluang.

Liew disebut-sebut bakal bertanding di kerusi Kluang.

[Baca berita penuh]

ADS