Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR mendakwa bahawa blogger pro-Umno, Papagomo adalah pengundi hantu, yang boleh mengundi di Ampang dan Wangsa Maju.

Ini berdasarkan carian parti itu di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menggunakan nombor kad pengenalan (IC) Papagomo, atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, semalam.

NONE Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kiri), Wan Muhammad Azri memiliki dua IC - satu IC polis ketika bertugas sebagai koperal polis trafik dan satu IC awam.

Beliau digantung tugas dan disabitkan atas kesalahan rasuah, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Rafizi mendakwa, semakan menunjukkan bahawa alamat dalam kedua-dua IC itu milik orang yang sama, sambil menambah bahawa ini membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat berhubung kewujudan pengundi hantu.

Katanya, satu-satunya perbezaan adalah tarikh kelahiran dalam carian di (lamanweb) SPR, tetapi pihaknya yakin itu adalah orang yang sama seperti dalam salinan skrin (screen capture) dengan alamat di Danau Apartment dan Taman Bukit Ampang.

Penemuan itu, tegas Rafizi, menunjukkan kewujudan pengundi hantu, di mana Papagomo mungkin dibenarkan mengundi dua kali.

Beliau menggesa SPR supaya menjelaskan perkara tersebut tentang bagaimana ramai individu seperti Papagomo, yang didakwanya, suka memfitah lawan politik, diberi peluang untuk mengundi.

[Baca berita penuh]

ADS