Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BR1M pengaruhi pemilih atas pagar, kata ahli akademik

Di balik dakwaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya gula-gula pilihan raya, program pemberian wang tunai itu bagaimanapun mempunyai pengaruh yang besar kepada pemilih atas pagar, kata ahli akademik.

NONE Dr Mohammad Redzuan Othman daripada Universiti Malaya (UM) berkata, kajian yang dijalankannya mendapati daripada 21 peratus pengundi yang belum menetapkan sokongan memberikan respon baik terhadap pemberian BR1M, sehingga 87 peratus.

"Amat mengejutkan apabila BR1M sebenarnya mempunyai peranannya, bukan hanya di kawasan luar bandar tetapi tetapi golongan muda dan atas pagar juga," katanya dalam forum berhubung pilihan raya umum ke-13 anjuran pusat tinjauan Merdeka Centre.

"Bila kamu ke kampung-kampung, kesan seperti BR1M ini sebenarnya sangat besar. Ia bawa maksud yang besar (untuk orang kampung)," kata bekas pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu lagi.

NONE Sementara itu, kajian lapangannya juga mendapati populariti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat berterusan sejak 2011.

Redzuan juga menyatakan perasaan terkejutnya atas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak mengadakan pilihan raya pada 2012 ketika popularitinya pada tahap tinggi ketika itu untuk tempoh dua tahun.

[Baca berita penuh]

ADS