MCA lancar video lawan 'Superman'

Dua sayap MCA - Pemuda dan Beliawanis - hari ini melancarkan video pendek untuk menolak bahasa kesat semasa ceramah yang dikaitkan dengan pemidato popular DAP Hew Kuan Yau.

Ketua Biro Pendidikan MCA Chong Sin Woon berkata, mereka mahu menjadi pelopor menempelak 'Superman' - julukan popular terhadap Hew - untuk membendung penularan budaya bahasa kesat.

"NONEKami tahu Superman penyelamat seluruh alam dan sentiasa menolong mangsa kejadian.

"Tetapi Superman di Malaysia (lambang) kekesatan dan budaya fitnah, jadi Pemuda dan Beliawanis MCA mahu berada di barisan depan untuk melawan Superman (DAP)," kata Chong.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini, Chong berkata, ceramah Hew dipenuhi kenyataan menghina yang mengaitkan orang lain dengan "binatang, bahagian (seksual) tubuh dan wanita".

Perkara ini, tambanya, akan meracuni minda kanak-kanak.

Chong berkata, penggunaan bahasa kesat semasa ceramah bermula dengan ceramah Hew semasa menjelang pilihan raya Sarawak pada 2011, kempen besar pertama yang disertainya untuk DAP.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.