Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis hanya akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan bahawa penyiasat persendirian P Balasubramaniam dipaksa membuat akuan bersumpah (SD) palsu jika terdapat bukti baru, kata ketua polis negara.

Bagaimanapun, Tan Sri Ismail Omar ( bawah ) berkata, polis tidak akan melayan perkara itu jika hanya diolah semula dalam bentuk yang lain.

NONE "Jika ada orang yang tampil ke depan dengan bukti baru, kami akan siasat.

"Tetapi jika hanya kisah lama yang diulang dengan cara lain, kami tidak akan layan," kata pegawai tertinggi polis itu.

Beliau menjelaskan, pihak polis sudah menyiasat perkara itu dan menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara, yang kemudian memutuskan tidak membuat pendakwaan kerana tidak cukup bukti.

"Kalau kamu ada bukti baru yang kita belum tahu, sila tampil ke depan.

"Kami akan bertindak berdasarkan undang-undang, tetapi jangan ulang perkara sama... ia perkara sama," katanya.

Peguam mendiang Balasubramaniam, Americk Sidhu pada 16 Mac membuat dakwaan dalam mesyaurat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam bahawa peguam kanan Cecil Abraham mengaku diarahkan oleh perdana menteri untuk merangka SD palsu bagi pihak anak guamnya.

Dakwaan itu dibuat sehari selepas Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai "PI Bala" meninggal dunia akibat serangan jantung.

[Baca berita penuh]

ADS