Jui Meng masih ketuai PKR Johor

Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng masih mengetuai jentera pilihan raya negeri walaupun terdapat cakap-cakap beliau kecewa dengan keputusan meletakkan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah sebelum ini.

"Beliau tidak menyertai ceramah umum sekarang. Tetapi kerja masih berjalan.

"Beliau masih meminta orang turun padang dan buat kerja," kata Pengarah Pilihan Raya PKR Johor Steven Choong.

NONEChua dan Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau sebelum ini dikatakan bertelagah berhubung parti mana yang akan bertanding di Gelang Patah sebelum Lim diumumkan sebagai wakil Pakatan Rakyat untuk kerusi itu.

Pemimpin PKR sebelum ini memberitahu Malaysiakini, Chua tidak akan sesekali keluar parti walaupun tidak tampil di khalayak umum lagi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu.

Menurut Chong lagi, Chua yang juga bekas menteri dan pemimpin kanan MCA, mempunyai "pilihan pertama" untuk memilih kerusi yang mahu ditandinginya di negeri kubu kuat Umno itu.

Naib Presiden PKR Tian Chua bagaimanapun berkata khabar angin itu tidak benar sama sekali.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.