Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPAD: Pakatan tak boleh laksana janji permit teksi

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Syed Hamid Albar berkata rancangan Pakatan Rakyat untuk mengeluarkan permit teksi secara terus kepada pemandu dan tidak melalui orang tengah tidak boleh dilaksanakan.

Beliau juga mendakwa pembangkang cuba meniru usaha kerajaan untuk menarik pengundi, namun tidak mengetahui cara untuk melaksanakannya.

Pakatan Rakyat dalam manifestonya berjanji untuk menghapuskan sistem pemberian permit teksi melalui syarikat terpilih yang menyewakan lesen berkenaan kepada pemandu.

Sebaliknya, permit berkenaan akan dikeluarkan terus kepada pemandu teksi individu untuk menggalakkan lebih ramai “pengusaha teksi”.

Katanya, Pakatan mahu menghapuskan syarikat namun perkara itu tidak dapat dilakukan dalam sistem ekonomi sedia ada.

“Syarikat itu berhak untuk mengambil tindakan (undang-undang) ke atas mereka jika mereka mahu menghapuskan (syarikat teksi),” katanya dalam satu sidang media sambil memegang salinan manifesto tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS