Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

BN tidak gugup berhubung pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13, Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dengan tidak membubarkan Parlimen kerana ia dalam bidang kuasanya.

NONE "Kita (BN) tidak boleh gugup kerana 28 April akan tetap datang dan kita tidak boleh lari dari tarikh itu.

"Kita tidak takut kepada pembangkang, mereka yang gugup. Mereka mahu pilihan raya awal. Mereka gugup. Kita tidak. Kita tidak takut kepada mereka," tambah Nazri.

Beliau bagaimanapun mengakui bukan tradisi kerajaan untuk menunggu selama ini untuk membubarkan Parlimen, terutamanya apabila sebuah Dewan Undangan Negeri secara automatik akan bubar dengan sendiri esok.

[Baca berita penuh]

ADS