BN perlu moral perpaduan, moral tinggi di PP

BN Pulau Pinang cukup berterus terang apabila mengakui bahawa untuk menang kembali di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang sukar berdasarkan situasi dan sentimen semasa terhadap gabungan itu.

"Tugas ini sukar, kita faham keadaan dan sentimen (rakyat) dengan baik tetapi kita akan cuba sehabis baik," kata Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dalam wawancara dengan KiniTV pada Khamis lalu.

penang bn perkasa unity rally with teng chang yeow 240313"Kita perlu menaikkan moral dan perpaduan dalam BN untuk menghadapi pilihan raya. Parti komponen BN kini mempunyai moral yang tinggi," tambahnya.

"Ini tugas utama yang perlu dilakukan oleh kepimpinan, terutamanya dalam situasi kebanyakan kita mengalami kekalahan teruk pada 2008," tegasnya.

Teng (lihat gambar, dua dari kanan) ditanya berhubung strateginya untuk menggempur Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang dan sama ada kerajaan persekutuan boleh menukar arus pro-Pakatan di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum 2008, yang digelar "tsunami politik", BN mendapat 11 kerusi - kesemuanya dimenangi calon Umno - sementara Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kemenangan.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.