Koh pertahan tayangan 'Tanda Putera'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon berkata kerajaan membenarkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera secara tertutup memandangkan keputusan kabinet untuk menangguhkan pertunjukan itu hanya terhad kepada tayangan umum.

"Ada beberapa tayangan tertutup untuk rakyat mempunyai penilaian dan pertimbangan,” kata Koh yang menambah, perkara itu dibenarkan selagi ia tidak ditayangkan kepada umum.

Koh turut ditanya mengenai kelonggaran tersebut, memandangkan timbul dakwaan bahawa filem berkenaan memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

Beliau bagaimanapun mempersolkan kembali dakwaan seperti itu.

“Saya tidak tahu berapa banyak tayangan yang dibuat, tapi adakah ia membawa kepada pergeseran kaum? Saya tidak tahu, lebih baik anda semak fakta sebelum melaporkannya,” kata Koh kepada wartawan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.