Google lancar laman pilihan raya Malaysia

Gergasi Internet Google melancarkan laman web baru Rabu lalu, yang direka khusus untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan apabila sampai waktu pengundian dalam pilihan raya umum ke-13.

NONEJurucakap Google Malaysia Zeffri Yusof (kanan) berkata, langkah ini diambil ekroan fakta terdapat ramai pengundi muda dan pengundi baru terlibat dalam pilihan raya akan datang dan bergantung kepada Internet untuk sumber maklumat.

"Kami cuba lakukannya di setiap negara yang kami beroperasi sebab kami mahu menyokong pilihan rara secara demokratik," katanya dalam taklimat tertutup bersama media pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Asia Tenggara Google Goh Lih Shiun berkata, projek ini akan menjadi laman web "penuh" untuk rantau ini.

Google sebelum ini melancarkan laman web mini untuk laman web pilihan raya gabenor Bangkok.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.