Muzikal anti-LGBT masuk sekolah, universiti

Malaysia menjadi perhatian antarabangsa sekali lagi apabila kerajaan mempersembahkan teater muzikal yang menolak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di sekolah dan universiti.

Langkah itu diambil walaupun pementasan karya berjudul Asmara Songsang itu di Istana Budaya bulan ini menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak.

Akhbar berpengaruh British The Guardian melaporkan, karya itu berpotensi mencetuskan perasaan kebencian.

NONEPenulis dan pengarah filem itu, Rahman Adam, 73, memberitahu harian itu, mereka mensasarkan untuk mendidik remaja dan ibu bapa berhubung keburukan LGBT.

"Di Malaysia hari ini, kamu baca banyak perkara berkaitan LGBT... kerana (LGBT) masuk ke sekolah dan mempengaruhi kanak-kanak," beliau dipetik sebagai berkata.

Justeru, katanya. Walaupun gejala itu masih tidak serius, tetapi tindakan perlu diambil segera kerana ia buruk dan tidak boleh diikuti.

Asmara Songsang dipentaskan percuma pada 1 dan 2 Mac lalu.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.