Teng sahut Guan Eng, tapi dengan syarat

Pengurusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyahut cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk bersemuka dalam pilian raya umum akan datang, tetapi meletakkan syarat di kerusi pilihan BN.

NONE"Saya terima cabarannya untuk menentang saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kerana mencadangkan padang Kota. Dengan kata lain, dia terbuka untuk sebarang kerusi, yang akan saya putuskan.

"Dalam empat pilihan raya lalu, DAP meletakkan syarat. Kali ini, BN akan tetapkannya," kata Teng dalam sidang media hari ini.

"Pilihan raya juga berkaitan dasar dan bukan personaliti, dan patut berdasarkan kerusi yang mencerminkan situasi di Pulau Pinang, dan pihak yang diundi mesti menunjukkan iltizam terhadap isu dan dasar.

"Justeru, Lim hanya harus bertanding di kerusi negeri. Saya cabar beliau menerima syarat mudah saya dan saya akan umumkan kerusi untuk dipersetujuinya," katanya.

Lim sebelum ini menyatakan kesediaan meninggalkan kerusinya di Air Puteh dan menentang Teng di Padang Kota, kawasan yang dimenangi pemimpin BN itu selama tiga penggal sebelum tewas pada 2008.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.