Guan Eng sahut cabaran pengerusi BN P Pinang

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima cabaran pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow untuk bertanding hanya di satu kerusi negeri dalam pilihan raya umum akan datang – sekiranya Teng bertanding di kerusi Padang Kota.

Lim berkata beliau akan memaklumkan kepada pimpinan DAP bahawa beliau tidak akan bertanding di kerusi parlimen sekiranya Teng bersetuju untuk bertanding di kerusi berkenaan – yang diwakili pengerusi BN negeri itu selama tiga penggal.

Lim membuat pengumuman itu ketika melancarkan pusat operasi pilihan raya DAP bahagian Air Puteh hari ini.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.