Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS menuntut kerajaan menyenaraikan jumlah projek dan pembelian peralatan pertahanan dalam perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion yang ditandatangani dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, jumlah projek dan pembelian itu perlu didedahkan kerana ia dibuat selepas tempoh mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan telah berakhir.

NONE Tambahnya, sebarang keputusan yang dilakukan selepas mandat berakhir juga akan memberi kesan implikasi kewangan pada rakyat.

"Saya meminta kerajaan menyenaraikan jumlah projek dan apa-apa pembelian yang dibuat kerajaan selepas daripada 8 Mac 2013 sebab ini sangat penting untuk kita tahu apa keputusan dibuat kerajaan selepas tempoh mandat diberi rakyat.

"Kerajaan tak berhak selepas 8 Mac untuk buat apa-apa keputusan yang memberi implikasi kewangan pada rakyat kecuali pentadbiran harian. Untuk apa-apa keputusan baru yang memberi implikasi kewangan negara, tak boleh selepas mandat berakhir.

"Saya bercakap ini dari segi moral politik," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Pada Khamis lalu, sebanyak 24 perjanjian dan kontrak bernilai RM4.271 bilion yang membabitkan industri pertahanan ditandatangani dalam LIMA 2013.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah keseluruhan itu diperoleh menerusi enam dokumen kontrak serta tiga surat persetujuan kementerian bernilai RM548 juta.

Selain itu, ia turut melibatkan 11 memorandum persetujuan dan empat memorandum persefahaman bernilai RM3.7 bilion.

[Berita penuh menyusul]

ADS