Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mendakwa bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba menyemai perpecahan dengan mencabar beliau bertanding menentang calon DAP, Liew Chin Tong di Kluang.

Ini, katanya, adalah kerana pencalonan bagi kerusi Parlimen tersebut untuk MCA masih belum diputuskan.

NONEDifahamkan bahawa kerusi tersebut menjadi rebutan hangat antara Gan (kiri) dan penyandangnya, Kluang MP Hou Kok Chung.

"Lim cuba mencipta konflik antara kami dan kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap ini. Beliau sepatutnya menjaga rumahnya sendiri (Pulau Pinang)," katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Gan secara berjenaka berkata apabila cabaran itu dibuat, beliau begitu teruja kerana menyangka Lim sendiri yang akan bertanding di situ.

Katanya, beliau akan meletakkan hasrat parti itu di atas kepentingan dirinya sendiri berhubung siapa yang patut menjadi calon di Kluang.

"Sebagai pemimpin nasional, bertanding dalam pilihan raya umum adalah satu tanggungjawab. Tetapi di kerusi mana, ia terpulang kepada parti untuk membuat keputusan," katanya.

Gan bagaimanapun, mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding kerusi negeri dalam pilihan raya umum kali ini.

[Baca berita penuh]