Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng: Pakatan siasat skandal forex jika tawan Putrajaya

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop akan disiasat berhubung kerugian dialami Bank Negara dalam dagangan pertukaran matawang asing, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

Lim berkata, bekas pentadbir kanan Bank Negara itu, yang kini merupakan menteri di jabatan perdana menteri, itu akan disiasat berhubung kerugian RM5.7 bilion yang dialami pada awal tahun 1990-an itu.

Jumlah kerugian itu diperolehi daripada Laporan Tahunan BNM 1993 dan didedahkan pada September lalu di Parlimen oleh timbalan menteri kewangan Datuk Donald Lim.

"Jika dia tidak mahu membuka mulut selepas 20 tahun dan jika berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya, Nor Mohamed akan dipanggil untuk siasatan.

“Kerajaan Pakatan akan melancarkan siasatan penuh untuk menyiasat ke mana duit itu pergi," kata Lim dalam satu sidang media semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS