Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling.

baling pas candidate brig-jen b najmi ahmad 020413 Brig-Jen (B) Datuk Najmi Ahmad ( kiri ) menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya.

Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini.

"Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh, diiringi gelak ketawa hadirin.

Najmi adalah bekas pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) berkelulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar. Beliau menyertai ATM pada 1979 dan bersara pada 2006 selepas berkhidmat selama 28 tahun.

Selain itu, Abdul Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pemuda PAS untuk bertanding kerusi parlimen.

NONE Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan diumumkan bertanding di kerusi parlimen Temerloh manakala Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham) Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi bertanding kerusi parlimen Titiwangsa.

Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada Julai 2011.

Sebelum ini, Nasrudin pernah bertanding di kerusi parlimen Maran pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun beliau tewas kepada calon BN Ismail Abd Muttalib yang mendapat majoriti 6,641 undi.

Nasrudin mendapat 9,227 undi, manakala Ismail memperolehi 15,868 undi.

Manakala Ahmad Zamri adalah seorang peguam berkelulusan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan menjadi penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan penyelaras parlimen Tititwangsa.

NONE "Yang terpenting, kekuatan (mereka) untuk memainkan tanggungjawab menyampaikan mesej parti, khususnya jika kita memerintah.

"(Pertama) mereka dapat melaksanakan mesej parti dengan sebaik-baiknya. Kedua, tokoh yang diterima pengundi, sama ada pengundi keseluruhan atau pengundi wanita dan lain-lain," katanya.

Ditanya sama ada isu Nakhaie yang keluar daripada parti itu suatu ketika dahulu, akan menjejaskan sokongan kepada PAS di Baling, Abdul Hadi berkata:

"Saya rasa lebih kuat jika Datuk Nakhaie menyokong dan memenangkan (adiknya)," katanya sambil ketawa kecil.

ADS