Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan siasat 'skandal forex 1990' jika menang

Sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Pakatan Rakyat berjanji akan menjadikan isu tukaran asing pada 1990 sebagai sasaran utama siasatan.

Sehubungan itu, mereka akan meneliti peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sekarang menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri.

lim guan eng Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Nor Mohamed akan dipanggil bagi menjelaskan kerugian RM5.7 bilion.

Jumlah itu diperoleh daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia pada 1997, yang dimaklumkan pada September lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim kepada Parlimen.

"Jika beliau masih gagal menjelaskan selepas 20 tahun, dan jika akan peluang membentuk kerajaan di Putrajaya, Nor Mohamed akan diheret untuk soal siasat," kata Lim dalam sidang media semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS