Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jeneral bersara ketuai cabaran PKR di Johor
Diterbitkan:  Apr 3, 2013 6:36 AM
Dikemaskini: Apr 3, 2013 1:48 AM

Pakatan Rakyat terus membariskan 'heavyweight' di Johor dengan meletakkan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Johor Bahru.

azlan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan Steven Choong sebagai calon kerusi parlimen  Tebrau, Nor Hizwan Ahmad (parlimen Muar) dan Datuk Idris Jauzi (parlimen Batu Pahat).

Choong PKR merupakan timbalan setiausaha agung PKR dan dikaitkan sebagai penyokong kuat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Nor Hizwan - anak kelahiran  Muar - pernah bersama MAS, dan aktif di PKR Ampang sebelum dilantik sebagai penyelaras PKR bagi parlimen Muar parlimen.

Idris adalah Naib Presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Hubungannya dengan Anwar bermula sejak ketika Anwar berada dalam kerajaan, sewaktu Idris menjadi timbalan ketua pengarah Biro Tata Negara.

Anwar membuat pengumuman johor bahru pkr anwar ceramah 020413 hashim hussein 2 itu di hadapan ribuan penyokong di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Kg Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bahru malam tadi

"Kami mempunyai seorang jeneral empat bintang sebagai calon anda bagi Bahru," katanya.

Md Hashim menyertai PKR pada 6 Mac lalu.

Anwar sepatutnya mengumumkan nama Md Hashim dalam satu ceramah pada 23 Mac lalu di Simpang Renggam, bagaimanapun Md Hashim tidak hadir kerana mengalami keracunan makanan.

Pada pilihan raya umum 2008, Tan Sri Shahrir Samad - tokoh Umno yang berpengalaman dan pernah menjadi menteri kabinet - menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.

Dengan pengumuman itu, ia dilihat sebagai usaha Pakatan Rakyat untuk 'menawan' negeri di selatan semenanjung Malaysia - yang sebelum ini dianggap simpanan tetap BN.

Sebelum ini, beberapa tokoh Pakatan Rakyat khususnya DAP akan bertanding di beberapa kerusi parlimen di negeri itu antaranya Lim Kit Siang di parlimen Gelang Patah dan Liew Chin Tong di Kluang.

[Baca berita penuh]

ADS