Negeri Pakatan dijangka umum bubar DUN esok

Kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dijangka hanya akan mengumumkan pembubaran DUN masing-masing esok.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar berkata beliau akan mengadap Sultan Kedah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, esok.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun menerima perkenan dari Sultan Selangor untuk berbuat demikian dan satu upacara rasmi akan diadakan pada jam 2.30 petang esok.

Pada waktu berita ini disiarkan, Kelantan masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung pembubaran DUN.

Sementara itu, ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas pagi esok bagi memohon persetujuan untuk membubarkan DUN.

Lim berkata, beliau telahpun menerima kiriman faksimili dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memohon kerjasamanya untuk membuat pembubaran serentak dengan pembubaran Parlimen hari ini.

“Beliau meminta kerjasama saya untuk membubarkan sererntak. Jika ini berlaku, semua dokumen berkaitan akan dihantar. Exco negeri tiada masalah untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan  Parlimen.

“Oleh itu, saya akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri esok pada jam 9.30 pagi untuk meminta kebenaran untuk membubatkan DUN,” katanya.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.